Senarai Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Senarai Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 adalah seperti berikut:


Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

Skop Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

(a) Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;

(b) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;

(c) Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;

(d) Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan

(e) Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

Bidang Pengkhususan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Pengurusan ICT

(a) Perancangan Strategik ICTBertanggungjawab dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk sesebuah organisasi.

(b) Pengurusan ProjekBertanggungjawab dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT termasuk projek yang lebih kompleks, besar dan berbilang.

(c) Pengurusan MaklumatBertanggungjawab menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumatsesebuah organisasi.

Pembangunan Sistem

(a) Analisis SistemBertanggungjawab dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(b) Reka Bentuk SistemBertanggungjawab dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(c) Pelaksanaan SistemBertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.

(d) Penyelenggaraan SistemBertanggungjawab dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi.

(e) Dokumentasi SistemBertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

Kepakaran Teknikal

(a) Keselamatan ICT

i) Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.

ii) Menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.

iii) Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden.

iv) Menjalankan kerja-kerja kesinambungan bisnes.

v) Menjalankan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.

vi) Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.

(b) Pengurusan Pusat Data

i) Merekabentuk pusat data

ii) Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.

iii) Menjalankan kerja-kerja operasi Pusat Data.

iv) Menjalankan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).

v) Menguruskan operasi Helpdesk.

(c) Pengurusan Rangkaian

i) Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.

ii) Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.

iii) Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.

iv) Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.

(d) Pentadbiran Pangkalan Data

i) Mereka bentuk pangkalan data.

ii) Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.

iii) Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.

iv) Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.

(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana

i) Melaksanakan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.

ii) Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan auditkeselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologipengurusan keselamatan maklumat organisasi.

Dipangil Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41? 



Anda Perlukan Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang lengkap dengan:

>> Senarai Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

>> Nota Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

>> Contoh Soalan Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41  

>> Macam-macam lagi 


Masukkan Email dan Nama dalam SENARAI MENUNGGU di bawah:


Semoga Senarai Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di atas membantu anda yang dipanggil Temuduga/Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 nanti.

Comments